PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di empat negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor terus mencatatkan peningkatan dengan angka terkini mencecah 14,637 orang. Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pukul 10 pagi ini, sebanyak 106 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan di keempat-empat negeri terbabit. Jumlah mangsa dipindahkan itu terdiri daripada lelaki dewasa seramai 4,837 orang; perempuan dewasa (4,731); kanak-kanak lelaki (2,327); kanak-kanak perempuan (2,311) dan…










