IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama Jabatan Penjara Perak merintis usaha bagi membantu banduan-banduan yang dibebaskan dari penjara. Baginda bertitah, Jabatan Mufti juga telah diminta untuk mengkaji sama ada banduan yang dibebaskan dari penjara tergolong dalam mana-mana asnaf yang layak diberikan bantuan daripada dana zakat untuk memulakan penghidupan yang baharu. “Beta telah menitahkan agar MAIPK memikirkan dana membiayai…










