PETALING JAYA: Kerajaan menekankan kepentingan memperkukuh peranan penjawat awam sebagai penggerak utama penyampaian dasar dan pelaksanaan di lapangan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merangkumi kecekapan penyampaian maklumat (time-to-delivery) dan galakkan untuk peningkatan kemahiran (upskilling). Katanya, usaha itu bagi memastikan penjawat awam kekal berdaya saing, responsif dan selari dengan perkembangan dunia terutama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), ekonomi dan hal ehwal antarabangsa. “Saya turut melontarkan…










