PETALING JAYA: Kerajaan bakal memulakan pemantauan secara bulanan terhadap semua projek air, elektrik dan jalan raya di Sabah bermula Januari depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu bertujuan memastikan isu asas seperti bekalan air dan elektrik serta keadaan jalan raya yang belum memuaskan diselesaikan secepat mungkin sekali gus mengurangkan masalah kelewatan projek. Katanya, pemantauan itu bersama Kerajaan Negeri Sabah, merangkumi projek di bawah kerajaan Persekutuan dan kerajaan…










