KUALA LUMPUR: Agenda kepentingan orang Melayu tetap terpelihara walaupun jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dipegang oleh pemimpin etnik Cina. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda kepentingan orang Melayu di Wilayah Persekutuan tidak seharusnya dibimbangkan kerana semua keputusan utama dibawa ke peringkat Jemaah Menteri. Beliau berkata, Kabinet akan membuat pertimbangan berdasarkan beberapa ketetapan bagi memastikan kepentingan semua pihak terus terpelihara.…










