Kedai makan terkenal gaji pekerja asing digempur

Kedai makan terkenal gaji pekerja asing digempur

ihsan Jabatan Imigresen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat warga asing yang bekerja di sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru di sini ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen) Kuala Lumpur di sini semalam.

Serbuan Op Selera kira-kira pukul 2.20 petang itu dijalankan hasil risikan selama seminggu oleh 11 pegawai imigresen pelbagai pangkat dari Imigresen Kuala Lumpur.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, siasatan mendapati terdapat beberapa warga asing yang bekerja di premis.

Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati seramai empat warga asing terdiri daripada dua Bangladesh dan seorang warga Pakistan dan Indonesia.

“Seorang warga tempatan dipercayai penyelia penyelia yang menguruskan pekerja-pekerja tersebut turut diambil keterangan.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan. 39(b); Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN