PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan sedang memperhalusi kaedah pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey (JPPC). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kaedah pembangunan itu diteliti secara menyeluruh sebelum dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri. Katanya, secara prinsip kementerian itu sudah mengenal pasti keperluan bagi mempertingkatkan kapasiti masa hadapan Pelabuhan Klang. “Ia termasuk melalui pembesaran terminal kontena di Pelabuhan Barat dan perancangan pembangunan terminal ketiga di Pulau Carey…










