PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menggunakan sistem data raya bagi membolehkan segala laporan mengenai seseorang pelajar disimpan secara digital tanpa bergantung kepada kaedah lapuk. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, perkara itu susulan arahan terbaharu KPM yang mewajibkan sekolah menyediakan laporan disiplin dan mental bagi pelajar yang mahu berpindah. Beliau berkata, arahan KPM untuk mewajibkan sekolah lama menyediakan laporan lengkap seseorang pelajar yang mahu…










