ALOR SETAR: Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berharap isu penggunaan gelaran ‘doktor’ tidak mengalih perhatian daripada tanggungjawab lebih besar dalam membangunkan belia dan sukan negara. Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu, perkara berkaitan isu tersebut telah pun dijelaskan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC), justeru tidak wajar ia terus dipolemikkan sehingga menjejaskan fokus utama kementerian. “Saya rasa MMC pun sudah menjawab perkara ini. Jadi fokus utama saya sekarang…










