SEREMBAN: Semua inap desa (homestay) serta rumah penginapan jangka pendek (townstay) di Port Dickson akan melalui proses pemutihan ataupun dilesenkan bagi mengatasi isu gangguan yang timbul ekoran operasi yang tidak terkawal di kawasan perumahan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, langkah itu seterusnya memastikan aktiviti sewaan harian homestay di kawasan perumahan dapat dikawal secara lebih teratur. “Homestay di kawasan perumahan mendatangkan banyak gangguan…










