Dayana Roza bercerai talak satu

Dayana Roza bercerai talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Dayana Roza mengesahkan rumah tangganya bersama usahawan, A’dale Adham Ayahudin, berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu pada 18 Disember lalu selepas lima tahun mendirikan perkahwinan.

Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, berkata, proses perceraian tersebut berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak dan kini dia sedang menjalani tempoh idah.

“Ya, memang saya hadir ke mahkamah untuk proses perceraian. Saya kini sah bercerai talak satu dan sedang menjalani tempoh idah,” katanya.

Menurut Dayana, keputusan tersebut dibuat selepas usaha menyelamatkan rumah tangga tidak menemui jalan penyelesaian meskipun dia pernah memberi peluang kedua kepada bekas suami.

“Sebenarnya tahun lalu kami hampir bercerai, namun saya memberi peluang untuk memperbaiki keadaan. Namun, nampaknya sampai di sini sahaja jodoh kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dayana tidak mahu terus dibelenggu kesedihan dan bertekad untuk kembali aktif dalam bidang lakonan demi membesarkan dua orang anaknya.

“Saya perlu bekerja keras untuk membesarkan anak-anak. Insya-Allah, jika ada tawaran lakonan yang sesuai dan menepati masa, saya akan terima.

“Sebelum ini saya banyak menolak tawaran kerana memberi keutamaan kepada keluarga. Namun kini, saya perlu kembali mencari rezeki demi anak-anak,” katanya.

Untuk rekod, Dayana dan A’dale mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata, Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika, 2. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN