KULIM: Bumbung sebuah stesen minyak runtuh selepas dipercayai dilanggar sebuah treler yang mahu mengisi bahan api dalam kejadian di Sungai Ular, di sini pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 7.20 pagi itu, treler terbabit dipandu lelaki berusia 24 tahun yang dalam perjalanan dari Klang, Selangor menghala ke Kuala Ketil di Baling dengan melalui Jalan Serdang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Tengku Mohd. Faizal Tengku Yeng berkata, siasatan awal…










