KUANTAN: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan membawa cadangan menaikkan kadar bantuan wang ihsan banjir yang berjumlah RM1,000 pada ketika ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang. Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memastikan bantuan disalurkan lebih bersesuaian dengan keperluan semasa serta dapat meringankan beban mangsa yang terjejas. Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan jumlah kenaikan bantuan itu sebaliknya berkata, ia akan bergantung kepada kemampuan kerajaan. “Saya pun…










