KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,404 notis saman telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap kenderaan perdagangan kerana membawa lebih muatan. Tindakan kompaun itu dikeluarkan menerusi operasi khas JPJ dalam memerangi kenderaan perdagangan lebih muatan bermula Oktober lalu hingga 31 Disember ini. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, daripada jumlah itu sebanyak 4,743 notis dikeluarkan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan di bawah saman (JPJ P22). Katanya, sebanyak 1,538 notis dikeluarkan…










