SUNGAI PETANI: Seramai 20 ahli sindiket jenayah terancang dikenali sebagai Geng Rames yang aktif dalam kes pembunuhan, kekerasan dan pengedaran dadah di Kedah dan Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Tiada pengakuan direkodkan setelah pertuduhan ke atas semua tertuduh berusia antara 24 hingga 42 tahun dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim, Najwa Che Mat. Mengikut pertuduhan, mereka didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng…










