KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bertanding tidak kurang daripada 20 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bermula esok. Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick berkata, keputusan itu mencerminkan komitmen UPKO untuk menampilkan kepimpinan berwibawa serta barisan calon berprinsip yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat Sabah. “Kami akan bertanding tidak kurang daripada 20 kerusi kerana kami mahu menawarkan kepimpinan kami kepada rakyat Sabah. “Calon-calon kami terdiri daripada pelbagai…









