Pertembungan nama besar di Usukan

PRN Sabah: Pertembungan nama besar di Usukan

PENYOKONG parti berkumpul di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan menjadi tumpuan apabila bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan itu, Datuk Japlin Akim kembali ke gelanggang politik dengan mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Selain itu, kawasan itu juga menyaksikan persaingan sengit antara penyandang DUN Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dengan Ahli Parlimen Kota Belud,  Isnaraissah Munirah Majilis.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, proses penamaan calon Usukan meriah sejak pukul 7 pagi tadi dengan paluan gendang serta sorakan daripada jentera-jentera parti yang bertanding.

Jentera GRS sudah mula berkumpul dan menunggu ketibaan calonnya.

Begitu juga dengan penyokong Barisan Nasional (BN) dengan lautan biru lambang dacing membawa Salleh yang sebelum ini meraih majoriti selesa 4,298 undi, selepas meraih 8,280 undi bagi menewaskan Warisan dan Parti Cinta Sabah.

Manakala penyokong Parti Warisan (Warisan) kali ini, yang mempertaruhkan pemimpin wanita iaitu Isnaraissah Munirah. 

Isnaraissah ketika ditemui berkata, beliau yakin suara rakyat mampu dibawa ke peringkat parlimen memandang beliau merupakan ahli Dewan Rakyat. 

“Saya tahu saya akan berlawan dengan calon-calon hebat, namun saya juga yakin kita ada kekuatan yang mampu menawan 52 peratus suara wanita serta masyarakat setempat di sini untuk kita angkat ke Parlimen,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Keadaan terkawal pagi ini dan tiada sebarang unsur provokasi, dimana kesemua penyokong berkumpul di padang mengikut susun atur yang ditetapkan pasukan polis dan pihak keselamatan yang berkaitan. Ke semua calon mula dibenarkan masuk ke tempat penamaan calon pada pukul 9 pagi ini.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN