Titah Adendum: Keputusan semakan kehakiman ditetapkan 5 Jan.

Titah Adendum: Keputusan semakan kehakiman ditetapkan 5 Jan.

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di rumah akan diputuskan pada 5 Januari 2026.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Alice Loke Yee Ching menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat hari ini.

Pada 13 Ogos lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim memutuskan bahawa Titah Adendum wujud namun sama ada perintah tambahan itu sah atau benar (valid and true) perlu diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi.

Pada 1 April 2024, Najib memfailkan semakan kehakiman antara lain mendakwa selain perintah pengurangan hukuman penjara dan pengurangan jumlah denda, terdapat perintah tambahan yang membenarkan beliau untuk menjalani hukuman yang dikurangkan kepada ‘tahanan di rumah’ dan bukannya di Penjara Kajang.

Beliau juga memohon perintah, jika titah itu wujud, maka semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN