Menteri Israel ceroboh lagi Masjid Al-Aqsa menjelang pilihan raya - Utusan Malaysia

Menteri Israel ceroboh lagi Masjid Al-Aqsa menjelang pilihan raya

ITAMAR Ben-Gvir menceroboh lagi Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel berfahaman ekstremis, Itamar Ben-Gvir bertindak menceroboh kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki pada Isnin di bawah kawalan ketat pihak polis menjelang pilihan raya umum Israel.

Stesen penyiaran Israeli Channel 7 melaporkan bahawa Ben-Gvir memasuki tapak berkenaan dengan kawalan keselamatan bertingkat sebelum melakukan ritual sembahyang di Dinding Al-Buraq yang merupakan bahagian barat dalam kompleks Masjid Al-Aqsa.

Masjid Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia, manakala penganut-penganut Yahudi menggelar kawasan berkenaan sebagai Kuil Gunung. Mereka mendakwa ia pernah menjadi lokasi dua kuil purba mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekeping foto yang diterbitkan oleh saluran media berkenaan menunjukkan Ben-Gvir dikelilingi oleh pegawai polis dan unit khas Israel semasa berada di dalam pekarangan kompleks masjid tersebut.

Pencerobohan tersebut tidak diumumkan terlebih dahulu oleh Ben-Gvir. Sebelum ini,  beberapa siri pencerobohan terdahulu pernah dilakukannya sejak memegang jawatan pada penghujung tahun 2022.

Insiden pada Isnin itu berlaku di tengah-tengah tindakan parti-parti Palestin yang mengecam Ben-Gvir kerana didakwa sengaja menggunakan sentimen dan tindakan menindas rakyat Palestin, harta benda serta tempat suci Islam sebagai modal kempen pilihan raya selain untuk menakut-nakutkan pengundi Arab di Israel.

Menteri berhaluan kanan berkenaan turut menggunakan langkah sekatan terhadap masjid-masjid dan operasi merobohkan rumah kediaman penduduk Palestin sebagai agenda utama dalam kempen pilihan rayanya.

Pengundi Israel dijadualkan membuang undi menerusi peti undi pada Selasa bagi memilih 120 ahli Parlimen di mana blok Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bakal bersaing sengit menentang pembangkang  utama yang dipimpin bekas ketua tentera, Gadi Eisenkot. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini