KUALA LUMPUR: Tiga lagi jenis aktiviti dan industri tidak dibenarkan untuk mengeluarkan e-Invois secara disatukan bermula 1 Januari 2026. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, perubahan ini melibatkan transaksi jualan barangan dan penyediaan perkhidmatan melebihi nilai ambang RM10,000, termasuk sektor elektrik dan telekomunikasi. “Dalam sektor elektrik, pertambahan ini merangkumi pembekal utama yang terlibat dalam pengedaran, pembekalan dan penjualan elektrik kepada pengguna akhir. “Bagi sektor telekomunikasi pula, ia meliputi pembekal…










