KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenankan 13 akta yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang berlangsung dari 21 Julai hingga 10 September lalu. Perkara itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Antara akta yang diperkenankan adalah Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025, Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan)…










