Anwar doakan Sultan Ibrahim dikurniakan kesembuhan

Anwar doakan Sultan Ibrahim dikurniakan kesembuhan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Sultan Ibrahim sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

“Mendoakan semoga Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan pada otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.

Menurut Istana Negara, Sultan Ibrahim telah dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.

Seri Paduka Baginda dijangka kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi selepas keadaan kesihatan baginda beransur pulih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN