PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Jabatan Imigresen membatalkan pasport milik Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Imigresen mengenai perkara itu, namun enggan mendedahkan butiran perbincangan berkenaan. “Ada perbincangan, tetapi butiran lanjut pertemuan itu tidak boleh didedahkan lagi,” katanya di sini, hari ini. Adam Radlan dipercayai menghilangkan…










