Rombakan Kabinet: Anwar berseloroh minta kemuka senarai

Rombakan Kabinet: Anwar berseloroh minta kemuka senarai

ANWAR Ibrahim menyaksikan majlis penyerahan sijil Malaysia Book of Records oleh wakilnya kepada Zambry Abd. Kadir pada Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Di sebalik spekulasi rombakan Kabinet berlaku dalam tempoh terdekat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap mengunci mulut.

Ketika ditanya pemberita selepas merasmikan ucapan penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025, Anwar secara berseloroh meminta pihak media mengemukakan senarai nama barisan Kabinet baharu.

“Tolong beri cadangan (kepada saya) kalau ada,” katanya ringkas.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberi ba­yangan akan berlaku rombakan Kabinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Dalam ucapan pada majlis pe­nutup FOI 2025, beliau mengharapkan Anwar dapat memberikan sokongan penuh kepada penganjuran FOI untuk tahun-tahun akan datang meskipun beliau tidak mengetahui sama ada masih menerajui kementerian itu atau sebaliknya.

“Jadi sekali lagi saya berharap sokongan daripada Perdana Men­teri yang tidak berbelah bahagi untuk tahun-tahun yang akan datang.

“Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet atau pun tidak, itu soal nombor dua. Ini adalah agenda negara.

“PM senyum sahaja bagi syarat, sebab saya pun tak lama, dua tiga minggu sahaja lagi,” katanya ketika berucap di hadapan Anwar pada majlis berkenaan.

Ucapan Zambry di hadapan Perdana Menteri itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan perubahan Kabinet dalam masa terdekat.

Tempoh keanggotaan Zambry sebagai Ahli Dewan Negara akan berakhir pada di 2 Disember depan selepas mengangkat sumpah pada 3 Disember 2022 dan dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan seterusnya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Turut mengangkat sumpah pada tarikh sama ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul merupakan satu-satunya senator yang ber­khidmat selama dua penggal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN