PUTATAN: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin enggan mengulas dakwaan bahawa beliau bakal menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Spekulasi itu turut timbul selepas Hamzah tidak kelihatan pada majlis pembentangan manifesto Perikatan Nasional (PN) malam ini.
“Ini tak payah tanya. Malam ini soalan tawaran sahaja,” katanya ringkas kepada pemberita.
Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang pertukaran jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, kedudukan Hamzah kekal seperti biasa dan PN tidak pernah mempertimbangkan sebarang perubahan.-UTUSAN










