PETALING JAYA: Taktik baharu sindiket penyeludupan dadah adalah menggunakan pulau tidak berpenghuni sebagai lokasi transit sebelum penghantaran dibuat. Sindiket menggunakan kaedah pusat kutipan (drop point) iaitu meninggalkan dadah di lokasi tertentu untuk diambil oleh individu lain sebelum diedarkan. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, ia turut merangkumi tindakan meninggalkan dadah di pulau-pulau tidak berpenghuni bagi mengelakkan pengesanan oleh pihak berkuasa. Katanya, pihaknya turut mengesan penggunaan kontena bermuatan…










