KUALA LUMPUR: Tiga lelaki sedang dikesan polis kerana disyaki menyerang dan memukul wartawan sukan, Haresh Deol sehingga cedera dalam kejadian di ibu negara, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, satu laporan polis diterima. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, kes terbabit melibatkan tiga suspek mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki yang merupakan wartawan sukan. “Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan (luka) pada bahagian…









