Pertembungan Karamunting tidak jejas hubungan BN dan PKR

Pertembungan Karamunting tidak jejas hubungan BN dan PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak mencetuskan masalah hubungan kedua-dua parti Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dirundingkan antara kedua-dua pihak walaupun perkara tersebut dilihat wujud pertembungan antara BN dan PKR.

“Ia tidak menjejaskan hubungan (BN dan PKR), sebelum mesyuarat Kabinet tadi, kami   (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada berbincang. Sebelum ini pun ada berbincang

“Jadi tidak timbul sebarang masalah,” katanya ketika ditemui selepas Program Sentuh Kasih@Tuaran di Pusat Latihan Rela di sini hari ini.

BN mempertaruhkan seorang calon daripada gabungan itu di kerusi DUN Karamunting sekali gus bakal menyaksikan pertembungan dengan sekutunya, PKR.

PKR menampilkan penyandang di kerusi Karamunting, Datuk George Hiew yang melompat ke parti itu daripada GRS sempena pilihan raya negeri kali ini.

Sementara itu, BN menamakan penyelaras MCA bagi kawasan itu, Chin Kim Hiung, sebagai calon.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun dilihat wujud pertembungan, namun sebaliknya ada kefahaman di kerusi tersebut.

“Ada percaturan kita bersama-sama lakukan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN