KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan keputusan untuk membekukan kelulusan kuota baharu pekerja asing sebagai langkah utama mengurangkan kebergantungan sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan terhadap tenaga kerja luar negara. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Kiong berkata, pembekuan yang bermula sejak 18 Mac 2023 itu terus menjadi dasar teras bagi memastikan kadar penggajian pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada keseluruhan guna tenaga negara menjelang akhir 2025, selari Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).…










