SHAH ALAM: Melihat sendiri ketidakpatuhan undang-undang oleh Israel sewaktu mengikuti misi Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan menjadi pendorong untuk seorang pegawai tentera untuk melanjutkan pengajian dalam perundangan. “Sewaktu berkhidmat dalam UNIFIL sekitar tahun 2016 dan 2017, pada masa itu saya nampak banyak pelanggaran undang-undang daripada pihak Israel. “Saya nampak mereka sering kali tidak mematuhi undang-undang antarabangsa membuatkan saya teringin untuk mendalami undang-undang,”kata Kapten Abdul Qayyum Abdul Sharip…









