KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) pada dasarnya tidak mempunyai halangan terhadap penubuhan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sekolah kebangsaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kelas al-Quran dan KAFA boleh ditubuhkan sekiranya mendapat persetujuan pentadbiran sekolah serta mengambil kira tahap kesediaan institusi berkenaan. Katanya, selama ini pembukaan KAFA di sekolah kebangsaan dilakukan berdasarkan permohonan…










