Ganti istilah LGBT kepada budaya songsang

Ganti istilah LGBT kepada budaya songsang

MARHAMAH ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Istilah LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dicadangkan supaya tidak lagi digunakan dalam urusan rasmi, sebaliknya dirujuk sebagai budaya songsang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, pendirian itu selaras dengan pendekatan kerajaan yang kekal konsisten menolak sebarang usaha mempromosi budaya berkenaan.

Katanya, kerajaan kekal tegas tidak mengiktiraf gender ketiga serta meneruskan pendekatan penguatkuasaan dan pendidikan dalam menangani isu itu.

“Bagi memastikan penggunaan istilah yang selaras serta mengelakkan sebarang normalisasi dalam bentuk pengucapan dan penulisan adalah digalakkan agar istilah LGBT ini tidak lagi digunakan dan mulai hari ini istilah tersebut dirujuk sebagai budaya songsang.

“Kita kekal konsisten dalam menolak sebarang usaha mempromosi budaya songsang dan tidak mengiktiraf perbuatan tersebut. Kerajaan tidak akan sekali-kali mengiktiraf konsep gender ketiga,” katanya menjawab soalan Hussin Ismail di Dewan Negara, hari ini.

Tambahnya, program glamping yang dikaitkan dengan isu berkenaan juga telah dibatalkan selain pihak berkuasa negeri Selangor turut mengesahkan tiada permit diberikan bagi penganjurannya.

“Berhubung dengan program glamping, dimaklumkan bahawa program tersebut telah dibatalkan dan tidak diteruskan. Pihak berkuasa negeri Selangor turut mengesahkan bahawa tiada permit diberikan.

“Ini selaras dengan Sultan Selangor agar tindakan tegas diambil terhadap sebarang aktiviti yang bertentangan dengan nilai agama dan moral,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN