KUALA LUMPUR: Sebarang pengecualian cukai tidak dibuat secara sewenang-wenangnya, sebaliknya melalui proses penilaian terperinci melibatkan Jawatankuasa Pelaburan Negara bagi menentukan sama ada insentif boleh diberikan bagi menarik pelaburan tersebut. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, prinsip kerajaan dalam mempertimbangkan pengecualian cukai adalah bagi memastikan negara memperoleh manfaat yang jelas termasuk dari sudut kemasukan pelaburan. “Kementerian Kewangan tidak memberi pengecualian secara sewenang-wenangnya. Apabila pelaburan ingin masuk, ia mesti…










