KUALA LUMPUR: Kerajaan kini di fasa akhir penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli yang dirangka bagi memperkukuh langkah pencegahan dan perlindungan terhadap masalah buli terutama melibatkan kanak-kanak bagi fasa pertama pelaksanaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU Antibuli memperkenalkan beberapa ciri utama sebagai teras usaha membanteras buli secara lebih menyeluruh dan responsif. Katanya, RUU ini buat kali pertama menetapkan takrif undang-undang…










