Sultan Ibrahim perkenan 13 akta diluluskan Parlimen

Sultan Ibrahim perkenan 13 akta diluluskan Parlimen

perlembagaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenankan 13 akta yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang berlangsung dari 21 Julai hingga 10 September lalu.

Perkara itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Antara akta yang diperkenankan adalah Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025, Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2025, Akta Pendidikan (Pindaan) 2025.

Selain itu, Akta Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 serta Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025.

Turut diperkenankan adalah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025, Akta Racun (Pindaan) 2025, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025, Akta Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025, Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025, Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025 serta Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×