KUALA LUMPUR: Keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd. Nor tidak mengenakan tindakan terhadap Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang membuat tuduhan terhadap dua Ahli Parlimen pembangkang mencetuskan bantahan beberapa wakil rakyat Perikatan Nasional (PN). Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang membangkitkan perkara itu meminta Ramli mempertimbangkan tindakan diambil terhadap Sany kerana mengaitkan fitnah di masjid dengan Awang Hashim (PN-Pendang) dan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dengan mendakwa mereka memfitnah Agensi Penguatkuasaan Maritim…










