KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menghadkan pembukaan akaun media sosial kepada pengguna berumur bawah 16 tahun tidak boleh diputuskan secara tergesa-gesa, sebaliknya memerlukan penelitian dari sudut teknikal dan dasar sebelum apa-apa keputusan dibuat. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, Malaysia sedang mengkaji model yang diguna pakai Australia, yang dijangka menjadi negara pertama melaksanakan larangan tersebut pada 4 Disember ini, namun pendekatan tempatan mungkin berbeza. “Australia menggunakan sistem ‘age assurance’ tanpa…










