KUALA LUMPUR: Peluang kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) melalui UPUOnline adalah sama rata tanpa mengutamakan mana-mana aliran termasuk lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi atau Asasi serta memastikan proses pemilihan pelajar benar-benar berasaskan merit. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, dasar pengambilan pelajar yang diguna pakai ketika ini berlandaskan prinsip meritokrasi dengan pecahan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Katanya, semua calon…










