KUALA LUMPUR: Sebanyak 298 sekolah di Sarawak dikenal pasti masih mempunyai bangunan daif atau berada dalam kategori Skala 7 setakat 30 September tahun ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, data berkenaan bersifat dinamik dan berubah mengikut keadaan sebenar bangunan dari semasa ke semasa. Katanya, KPM komited menyediakan akses pendidikan yang berkualiti dan inklusif termasuk untuk kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid tidak terjejas. “Dari 2016 hingga…










