KUALA LUMPUR: Seramai 20,141 guru baharu telah dan akan ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh negara sepanjang tahun ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, seramai 10,045 guru baharu telah ditempatkan di sekolah-sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) manakala 10,096 lagi daripada pasaran terbuka dan graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) akan mula bertugas pada November 2025. Katanya, penempatan guru dilaksanakan secara terancang dengan mengambil kira opsyen mata pelajaran,…










