KUALA LUMPUR: Terdapat kira-kira 108,826 kekosongan jawatan aktif diiklankan menerusi Portal MYFutureJobs sejak Januari hingga 14 November tahun ini berbanding 464,534 pencari kerja aktif yang berdaftar pada platform sama. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), data kekosongan jawatan kumulatif bagi tempoh Januari hingga 30 September 2025 pula merekodkan 1.1 juta jawatan yang diiklankan, manakala sebanyak 1.5 juta kekosongan jawatan direkodkan…










