Laksana segera perlindungan 24 jam Perkeso

Laksana segera perlindungan 24 jam Perkeso

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaksanaan perlindungan 24 jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang telah diluluskan Parlimen pada ahun lalu melalui pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 perlu disegerakan bagi melindungi hak pekerja di negara ini.

Penyelaras Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM), R. Saratbabu Raman berkata, pindaan aka tersebut merupakan satu langkah besar dan positif bagi kaum pekerja namun pelaksanaannya masih belum memberi kesan sebenar kepada pekerja.

Katanya, fokus kini seharusnya beralih daripada pengumuman dasar kepada tindakan pentadbiran.

“Justeru, PSM menyeru Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan) untuk mengumumkan tarikh kuat kuasa yang jelas bagi perlindungan 24 jam dan mengemukakan pelan persediaan sistem tuntutan selain memastikan pegawai yang menilai kes mencukupi serta bersedia.

“Kita juga menyeru agar beliau menjalankan kempen penerangan nasional supaya pekerja memahami hak baharu mereka.

“Hak pekerja tidak boleh ditangguhkan hanya kerana urusan dalaman belum selesai. Pelaksanaan segera adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, perlindungan 24 jam bukan hanya soal kebajikan tetapi cara untuk melindungi rakyat daripada risiko kewangan apabila berlaku kemalangan atau kecederaan.

Jelas beliau, Malaysia mempunyai lebih 16 juta tenaga buruh dengan sekitar dua pertiga daripadanya berada dalam sektor formal dan mencarum kepada Perkeso.

“Ini bermakna jutaan pekerja menyumbang secara konsisten kepada satu dana keselamatan sosial yang sepatutnya memberi perlindungan menyeluruh apabila berlaku musibah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN