Operasi tren di Stesen Butterworth pulih sepenuhnya

Operasi tren di Stesen Butterworth pulih sepenuhnya

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan kerja pengalihan set tren Komuter enam gerabak (SCS03) yang terlajak ke hujung landasan di Platform 4, Stesen Butterworth semalam telah selesai sepenuhnya.

Menurut kenyataan, kerja-kerja pengalihan tren itu berjaya disiapkan dengan selamat dan perkhidmatan tren penumpang kembali beroperasi seperti biasa mulai pukul 7.51 malam semalam.

“KTMB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penumpang atas kesabaran, kerjasama serta kefahaman yang diberikan sepanjang tempoh kerja pemulihan dijalankan.

“KTMB kekal komited untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.01 pagi semalam, tren tanpa penumpang itu dilaporkan terlajak ke hujung landasan di platform berkenaan.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN