PETALING JAYA: Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dipercayai menghilangkan diri selepas kes penemuan mayat seorang pempengaruh wanita warga Taiwan diklasifikasikan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, penyanyi itu sedang giat diburu polis bagi membantu siasatan.
“Setakat ini kami masih tidak dapat lagi mengesannya dan percaya dia sudah menghilangkan diri.
“Sebelum ini, kes kematian wanita berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun apabila diklasifikasikan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dia dipercayai menghilangkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Namewee adalah individu terakhir yang berada bersama mangsa semasa mayatnya ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Conlay di sini pada pukul 1.40 tengah hari 22 Oktober lalu. – UTUSAN










