PETALING JAYA: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bercadang mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam Bukit Jalil Sentral Property Sdn. Bhd. (BJSP) melalui pembelian saham daripada Tanjung Wibawa Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dalam makluman di Bursa Malaysia, cadangan itu melibatkan pembelian lapan juta saham biasa dan 1.13 bilion saham keutamaan boleh ditebus Kelas A dalam BJSP pada nilai keseluruhan RM1.58 bilion yang akan dibiayai…










