KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 174 orang daripada 69 keluarga setakat pukul 5 petang ini berbanding 282 orang daripada 91 keluarga, pagi ini. Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut di Besut. “Mangsa daripada 69 keluarga ini melibatkan 57 lelaki, wanita (63 orang), kanak-kanak lelaki (27 orang), kanak-kanak perempuan (23 orang) dan masing-masing…










