PRN Johor: 12,710 pegawai, anggota PDRM Johor undi awal - Utusan Malaysia

PRN Johor: 12,710 pegawai, anggota PDRM Johor undi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 12,710 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini akan menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 7 Julai depan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, jumlah tersebut berdasarkan senarai daftar pemilih yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 21 Mei lalu.

“Undi awal ini meliputi pegawai, anggota yang bertugas di bawah pentadbiran Kontinjen Johor termasuklah formasi yang ada di negeri ini seperti Maktab Teknik PDRM di Bakri, Muar serta Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Simpang Renggam dan Muar.

“Kita mempunyai Pusat Latihan Polis Segamat dan Pusat Latihan Pasukan Polis dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi, dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), di sini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) johor, di sini hari ini.

SPR sebelum ini menetapkan 27 Jun ini sebagai hari penamaan calon manakala 11 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRN Johor ke-16.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN