Malaysia-Ethiopia perkukuh kerjasama tiga sektor

Malaysia-Ethiopia perkukuh kerjasama tiga sektor

ANWAR Ibrahim disambut Perdana Menteri Ethiopia Dr. Abiy Ahmed Ali sejurus tiba di Addis Ababa, ibu negara Ethiopia untuk lawatan rasmi, kelmarin. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Ethiopia memperkukuh kerjasama dalam bidang kesihatan, perjanjian perkhidmatan udara serta pelancongan.

Perkara itu dicapai menerusi memorandum persefahaman yang ditandatangani kedua-dua negara hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu.

Ia sekali gus membuka ruang baharu dalam menggalakkan pembangunan ekonomi dan hubungan rakyat kedua-dua buah negara.

Lawatan Anwar yang juga Menteri Kewangan ke negara itu turut melibatkan pelbagai agenda lain termasuk kunju­ngan hormat ke atas Presiden Ethiopia, Taye Atske Selassie di Pusat Konvensyen Antarabangsa Addis selain mengha­diri Forum Perniagaan Peringkat Tinggi bagi Malaysia-Ethiopia.

Perdana Menteri turut di­ba­wa melawat Istana Negara yang memaparkan sejarah dan budaya Ethiopia serta mengha­diri mesyuarat dengan Perdana Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali.

Selain itu, turut dimeterai dokumen kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pentadbiran Bandar Addis Ababa mengenai mekanisme mengekalkan dialog strategik dan membuka ruang kerjasama jangka panjang antara kedua-dua negara.

Sementara itu, lawatan ras­mi Anwar Ethiopia bermula dengan penuh simbolik apabila beliau disambut rakan sejawatnya, Dr. Abi yang memandu sendiri kenderaan rasmi sebaik tiba di negara berke­naan.

“Saya dan delegasi teruja dengan mercu pembangunan yang dicapai Ethiopia, lantas menjadi antara negara yang pesat membangun di Tanduk Afrika,” katanya.

Ethiopia, negara daratan paling ramai penduduk di dunia adalah rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2023 dan menjadi menjadi persinggahan pertama Anwar dalam lawatannya ke benua Afrika.

Dari Addis Ababa, Anwar meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan hari ini hingga Ahad ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 dan kemudian ke Nairobi, Kenya dari Ahad hingga Isnin depan sebelum pulang ke tanah air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN