PETALING JAYA: Cubaan seorang lelaki warga China menyeludup hampir tujuh kilogram (kg) dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM344,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) pada 28 Oktober lalu digagalkan. Suspek ditahan di Balai Ketibaan KLIA2 hasil kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS). Pengarah Kastam JKDM KLIA, Zulkifli Muhammad berkata, imbasan terhadap bagasi suspek menunjukkan imej mencurigakan, mendorong…









