HULU LANGAT: Laluan utama di Kampung Sungai Serai, di sini, dinaiki air selepas hujan berterusan sejak semalam sehingga memaksa penduduk menggunakan bot untuk pulang ke rumah. Seorang murid lelaki yang menaiki bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kejadian ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi mereka. “Kami sudah biasa, sebelum ini pun pernah naik bot balik rumah,” ujarnya. Tinjauan di lokasi mendapati puluhan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai…










